Terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama dalam bidang tertentu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara.
MAKLUMAT PERMOHONAN
• Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA melalui pautan: www.mara.gov.my bermula 01 Mac 2021 (Isnin) hingga 19 Mac 2021 (Jumaat).
• Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat akademik yang telah ditetapkan.
• Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
SYARAT UMUM
• Warganegara Malaysia.
• Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
• Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga yang disertakan di dalam lampiran.
• Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
• Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
• Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
• Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
SYARAT AKADEMIK
Pelajar Baharu
• Mendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf;
• Telah mendapat tawaran/mendaftar di IPT bermula Januari 2021.
Pelajar Sedia Ada
• Mendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu; DAN
• Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.
Lain-Lain Syarat
• Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
• Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan Badan Profesional.
Life @KPJUC