Lawatan rasmi Universitas Fort De Kock (UFDK) ke KPJ Healthcare University College (KPJUC) membincangkan aktiviti pengisian MOU dan peluang kerjasama dalam penyelidikan, program twinning, pertukaran pelajar dan pensyarah serta aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian.
Pada 8 Februari – Naib Canselor KPJ Healthcare Unversity College, YBhg. Dato’ Prof. Emeritus Dr. Lokman Saim menyampaikan syarahan umum yang bertajuk ‘Medicine of tomorrow’ beliau menegaskan industri perubatan berkembang pesat bagi meningkatkan kualiti, keberkesanan dan keselamatan dalam memberikan rawatan.
Salah satu strategi utama dalam penyelidikan penjagaan kesihatan ialah melibatkan diri dan bekerjasama dengan rakan kongsi penyelidikan merentasi semua teknologi baharu yang canggih seperti teknologi digital, nanoteknologi, kejuruteraan tisu, kejuruteraan elektronik dan ‘artificial intelligent’ (AI). Kerjasama dengan industri dan institusi tempatan seperti Pusat Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif UKM, Centre of printable (UM), Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik UKM dan Universiti Malaysia Sains Komputer dan Kejuruteraan UNIMY amat digalakkan dalam penyelidikan perubatan dan sains kesihatan. Penyepaduan teknologi yang dimiliki institusi ini, dengan sains perubatan dan kesihatan akan memacu inovasi ke dalam perubatan masa depan.
Seramai 50 pelajar master perubatan awam UFDK hadir bersama dengan 10 ahli jawatankuasa tertinggi UFDK yang terdiri daripada Dr Hj Evi Hasnita (Rector), Drs Zainal Abidin, Ketua Pembina Yayasan, Bapak Windasnofil, Ketua Yayasan
Drs Syafrian Naili, Anggota Yayasan, Dr. Nurhayati, Wakin Rektor telah hadir dalam perbincangan dan berharap segala yang dirancang akan berjalan lancar.
Life @KPJUC