Pada 2 Januari 2019 (Rabu), seramai 65 orang pelajar dari pelbagai fakulti kesihatan Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI), Banda Aceh telah mengadakan lawatan ke KPJ Healthcare University College (KPJUC). Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan, pertukaran pelajar dan kerjasama bagi program bidang kesihatan.
Para pelajar UUI juga dibawa melawat setiap pusat pengajian di KPJUC bagi melihat kemudahan pembelajaran dan kelengkapan makmal sebelum mengakhiri lawatan mereka. Turut serta dalam lawatan ini ialah Prof. Dato’ Dr Lokman Saim; Naib Canselor KPJUC, En Helmi Daud; Pengurus Besar KPJUC dan Iwan Budhiarta, Naib Rektor UUI
Life @KPJUC