Pada tanggal 16 September 2023, KPJ Healthcare University telah berganding bahu bersama Pejabat Parlimen Rasah dalam melancarkan Karnival Hari Malaysia 2023 yang bertempat di Padang Awam Kuarters KLIA. Karnival Hari Malaysia 2023 berlangsung dengan jayanya melalui anjuran bersama beberapa pihak seperti BAKEP Kuarters KLIA, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuarters KLIA, Persatuan Kebajikan Insan Darul Khusus, Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA, Kelab Warga Emas Klinik Kuarters KLIA, KRT Kuarters KLIA, KRT Bakawali, KOSPEN Timur Enstek, MPKK Kampung Jijan, MPKK Kampung Felda LBJ, dan Persatuan Kebajikan Insan Darul Khusus. Karnival Hari Malaysia 2023 ini turut mendapat sumbangan daripada beberapa pihak seperti Bank Rakyat Bandar Enstek, Affin Bank Seremban, Restoran Al-Falah Kuarters KLIA, dan AA Agensi.

Karnival Hari Malaysia 2023 ini dilancarkan bagi memperkukuh hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan, dan ideologi yang berlandaskan kepada tema kebangsaan 2023 iaitu “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Cha Kee Chin. Penglibatan karnival ini disasarkan khusus kepada komuniti sekitar. Pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang Karnival Hari
Malaysia 2023.

Pertandingan-pertandingan sepanjang Karnival Hari Malaysia 2023:
1. Basikal Hiasan
2. Nyanyian Patriotik
3. Tarik Tali
4. Mewarna
5. Gubahan Menggunakan Bahan Kitar Semula
6. Mewarna
7. Perarakan Kreatif
Aktiviti-aktiviti sepanjang Karnival Hari Malaysia 2023:
1. Deklamasi Sajak oleh Tuan Haji Zazmi Zain, Mantan Penyampai Radio RTM
2. Persembahan Kebudayaan Berbilang Kaum (Viola, Tarian Bharatham)
3. Persembahan Tarian
4. Saringan Kesihatan
5. Cabutan Bertuah
6. Jualan Makanan